Páginas

Tuesday 24 November 2015

JPVNT Bekalkan Makanan, Ubat-Ubatan Hadapi Banjir

AUTHOR: SURIATI ALI 23 NOVEMBER 2015

Nawi bermesra bersama pemenang selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Mr, Ratu Lembu dan Kambing, di perkarangan Pejabat JPVNT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT) mula menghantar bekalan makanan serta ubat-ubatan untuk haiwan ternakan di enam pengkalan hadapan di dua daerah negeri ini.


Setiap daerah iaitu Dungun melibatkan kawasan Kuala Jengal, Jerangau, Paka, Dungun dan di Kemaman ( Air Putih, Cheneh, Kerteh, Kemaman) masing-masing menerima tujuh tan metrik bekalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan dan Perladangan Negeri, Nawi Mohamed berkata bekalan untuk lembu dan kambing itu mula dihantar awal bulan ini secara berperingkat-peringkat.

Katanya, langkah itu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka berlaku  pada bila-bila masa.

“JPVNT hanya menyediakan pengkalan hadapan di Dungun dan Kemaman kerana daerah lain mempunyai kawasan tinggi bagi menempatkan haiwan ternakan ketika banjir.

“Persediaan tahun ini lebih awal, kerana dibimbangi kejadian haiwan ternakan mati dan dihanyut air berulang,”katanya.

Berdasarkan rekod JPVNT tahun lalu, seramai 352 pemilik membabitkan lebih 13,000 pelbagai haiwan ternakan mati dengan anggaran kerugian kira-kira RM3.67 juta.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Mr, Ratu Lembu dan Kambing, di perkarangan Pejabat JPVNT, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPVNT, Dr Hamidah Helman. Lembu yang diberi nama ‘James Bond’ milik Mat Rusli Mamat 47, berjaya memenangi pertandingan itu dan layak membawa pulang kereta Axia.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment