Páginas

Monday 30 November 2015

RM70 Juta Setahun Bangun Pusat Pentadbiran Kuala Nerus

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 29 NOVEMBER 2015


Pembangunan Bandar Al-Watiqu Billah yang menjadi pusat pentadbiran dan komersil Daerah Kuala Nerus seluas 187 hektar akan bermula pada tahun hadapan dengan kos RM600 juta menggunakan konsep ‘bayaran berjadual dengan had’.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembangunan tersebut melibatkan pelbagai aspek termasuk pejabat kerajaan dan segala infrastruktur.

“Projek yang menelan belanja RM600 juta ini akan siap dalam tempoh empat tahun.

“Namun begitu, kerajaan negeri akan membuat pembayaran secara ‘bayaran berjadual dengan had’ dengan kos yang dipersetujui iaitu RM70 juta setahun,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Pekan Budaya Kuala Nerus 2016 di Perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Ahmad Razif berkata pihak kerajaan turut meluluskan bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) Terengganu, Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Nerus serta pembinaan Bandar Wakaf oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di kawasan pentadbiran tersebut.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan tapak seluas 11 hektar bagi pembinaan IPK dan IPD manakala bagi pembinaan bandar wakaf pula, kita bercadang untuk menyerahkan tanah seluas hampir 9 hektar kepada MAIDAM untuk melaksanakannya,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment