Ahmad Razif dan Halina bersama warga PDK selepas Majlis Minum Petang Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Serikandi) Bersama PDK di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam. Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.4 juta dalam bentuk geran kepada 45 Pusat Pemulihan Dalam Daerah Komuniti (PDK) sepanjang tahun ini, sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan berkualiti terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata dia berharap PDK memanfaatkan sepenuhnya peruntukan tersebut demi kesejahteraan golongan OKU.
Katanya masyarakat setempat juga diminta bersama-sama mengambil peluang dan ruang menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk tenaga dan kepakaran masing-masing demi pembangunan pelatih PDK.
“Dia percaya setiap pekerja yang bertugas di PDK ini komited dan sanggup membantu semua pelatih di PDK tanpa mengira latar belakang mereka.
“Saya akui bukannya mudah untuk memberi perkhidmatan penjagaan, latihan dan pemulihan kepada pelatih PDK terutama membabitkan kanak-kanak yang terlalu aktif,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Serikandi) Bersama PDK di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi yang juga Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mohd Nasir Suratman.
Ahmad Razif perkembangan globalisasi masa kini menyaksikan perubahan berlaku sangat pantas dan faktor itu memberi kesan terhadap kehidupan golongan OKU.
“Perkhidmatan berkaitan OKU juga telah mengalami anjakan paradigma daripada pendekatan berasaskan kebajikan kepada berasaskan hak. ‘’Saya berharap segala usaha yang dilakukan kerajaan akan terus memberi suntikan semangat kepada golongan OKU untuk terus hidup berdikari,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment