Páginas

Monday 23 November 2015

TISB Tandatangani CIP, Inisiatif Cegah Rasuah

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 22 NOVEMBER 2015

 Wan Zalizan memimpin bacaan ikrar yang disertai oleh ketua anak-anak syarikat TISB dan kira-kira 100 kakitangan lain, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) bersama 16 syarikatnya menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sebagai satu inisiatif organisasi menyokong usaha pencegahan rasuah di negara ini.


Ketua  Pengawai Eksekutif TISB, Wan Zalizan Wan Jusoh mengetuai bacaan ikrar yang disertai oleh ketua anak-anak syarikat TISB dan kira-kira 100 kakitangan lain, di majlis yang berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM , Dato’ Sri Mustafar Ali.

Majlis menandatangani CIP kali ini, menjadikan TISB sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang kelima di Terengganu merealisasikan usaha murni itu.


Sejak 2013, sebanyak empat organisasi di Terengganu telah menandatangani CIP iaitu Pejabat Setiausaha  Kerajaan Terengganu , Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Terdapat lima prinsip dalam ikrar Berkaitan CIP yang diperkenalkan oleh SPRM, iaitu mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik; memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah; dan pematuhan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan menerangi rasuah.


Selain itu, prinsip CIP tutut mencakupi usaha membanteras sebarang bentuk amalan rasuah; dan menyokong inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan SPRM.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment