Páginas

Wednesday 25 November 2015

Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah Capai Objektif, Angkat Suara Akar Umbi

Oleh : Zylan Mohamad
KUALA LUMPUR, 24 November — Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015, YB Senator Dato’ Dr Asyraf  Wajdi Dusuki menyerahkan resolusi kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada upacara Perasmian Penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 di PWTC petang tadi. Foto:MediaUMNO
*****
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah dianggap mencapai objektifnya dalam melaksanakan tanggungjawab parti terhadap rakyat yang merupakan amanah yang harus dipikul oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN), ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Menurutnya, usaha berkenaan mampu menginsafkan dan menyedarkan bukan sahaja kepada ahli-ahli parti tetapi juga pemimpin-pemimpin betapa pentingnya penggemblengan tenaga untuk melihat kepada masa depan rakyat dan negara.

“Tumpuan kita sekarang menjelang Perhimpunan Agung UMNO ialah memberi fokus dan tumpuan kepada agenda umat Islam Melayu yang merupakan tunjang dan asas perjuangan parti keramat UMNO yang kita warisi pada hari ini.

“Dalam ucapan saya tadi, saya cuba melontarkan perkara-perkara yang mungkin kita terpaksa teliti secara dekat bagaimana kita dapat pastikan parti kita tetap relevan kepada generasi-generasi yang mungkin tidak mempunyai ‘sentimental connection’ dengan parti kita.

“Keduanya masalah dan perjusliderangan sebenar orang-orang Melayu yang perlu dikupas dan difikirkan, suara-suara yang diluahkan dalam kluster-kluster tertentu seperti kos sara hidup, kos perumahan, dan pendidikan, yang menyentuh bukan perkara-perkara dasar tetapi mungkin masalah harian yang mungkin mereka terpaksa hadapi,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di sini, hari ini.

Turut hadir, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selaku Pengerusi Konvensyen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, ahli Jawatankuasa Penyediaan Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung UMNO.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 ini, usul Ucapan Dasar Presiden akan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan itu sendiri, usul Ekonomi dipengerusikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, manakala usul Agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul Pendidikan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tambah beliau lagi, perkara ketiga yang dilontarkan kepada peserta konvensyen hari ini ialah untuk memastikan bahawa perjuangan parti ini tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang lain.

“Kita merupakan parti tunjang yang terbesar di negara kita bermakna bahawa mungkin fenomena-fenomena hari ini melibatkan pelbagai pihak ketiga dan sebagainya, itu tidak menjadi masalah asalkan parti UMNO itu insklusif mengambil kira perjuangan mereka, saya kira itu juga akan memastikan parti UMNO ini tetap relevan untuk kira wariskan untuk generasi-generasi yang akan datang,” katanya lagi.

Menjawab pertanyaan, beliau mengatakan bahawa usul tahun ini adalah usul Ucapan Dasar Presiden, usul Ekonomi, usul Agama, usul Pendidikan.

Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa setiap pengerusi usul akan berjumpa dengan jurucakap-jurucakap yang telahpun dikenalpasti di peringkat negeri yang akan membahaskan usul-usul tertentu semasa Perhimpunan Agung UMNO dan daripadanya dapat melihat lebih terperinci perkara-perkara yang akan dibangkitkan.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan diadakan bermula pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment