Páginas

Sunday 22 November 2015

Terengganu Mahu Capai Sifar Salahguna Kuasa Dalam GLC

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 22 NOVEMBER 2015

 
Ahmad Razif (dua dari kanan) mengenakan pin `Ambe Benci Rasuah’ sempena Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Terengganu Incorporated Sdn Bhd & Anak-Anak Syarikat Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Terengganu mahu mencapai sifar penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai dan kakitangan di semua sektor, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini, tiada kes rasuah melibatkan GLC direkodkan, kecuali hanya terdapat beberapa kes yang disiasat dan isu berkenaan juga terpencil.

“Di pihak saya, saya tidak akan mempertahankan kalau ada pegawai -pegawai yang terlibat dengan unsur-unsur rasuah sebegini dan menyerahkannya kepada perundangan untuk meneruskan tindakan dan jika didapati bersalah, mereka perlu menghadapi hukuman termasuk pemecatan serta penjara dan sebagainya.

“Ini sudah jelas kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan mengenai tindakan yang boleh diambil kepada mereka yang didapati bersalah,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Terengganu Incorporated Sdn Bhd & Anak-Anak Syarikat Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pegawai Kewangan Negeri, Wan Nawawi Wan Ismail.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Sri Mustafar Ali.

Ahmad Razif berkata, tanpa kebocoran dan penyelewengan dalam GLC pastinya akan mampu menghasilkan pulangan yang lumayan untuk diagihkan semula bagi faedah rakyat. Malah, perkara (membanteras salahguna kuasa) juga menjadi keutamaan yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan negeri kini.

Menurutnya lagi, majlis menandatangani CIP selaras dengan perjuangan konsep Transfomasi Terengganu baharu (TTB), iaitu prinsip keempat, Integriti ( Bersih Dalam dan Luar).

“Kita meneruskan kesinambungan yang sudah bermula sekian lama, dan soal integriti bukan sahaja pada hari ini seperti  slogan `Bersih, Cekap , Amanah’. Kerajaan negeri meneruskannya (memerangi rasuah),”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment