Páginas

Tuesday 24 November 2015

Tubuh Pusat Tabung Darul Iman, Mudahkan Orang Ramai Mohon Bantuan Kesihatan

AUTHOR: SURIATI ALI 24 NOVEMBER 2015

Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
*****
Kerajaan negeri akan menubuhkan Pusat Tabung Darul Iman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, pertengahan tahun depan bagi memudahkan golongan kurang berkemampuan memohon bantuan kesihatan..


Pusat itu turut menempatkan cawangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang akan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk golongan asnaf.

Kemudahan berkenaan dalam proses pengubahsuaian daripada ruang kedai kepada ruangan pejabat. Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai perhidmatan dan syarat permohonan boleh mengunjungi pusat itu.

Sementara pusat itu siap, orang ramai boleh berurusan dan mendapatkan borang Tabung Darul Iman di tingkat 9, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu atau boleh hubungi talian 09 623 1957.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kemudahan itu akan diselia Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri dan Masyarakat.

Katanya, pihak itu akan memastikan setiap permohonan yang diterima akan selesai selewat-lewatnya seminggu, selain menyegerakan permohonan pesakit kronik yang pastinya memerlukan rawatan segera.

“Kita mengakui buat masa sekarang proses kelulusan selepas mengisi borang kadang kala mengambil masa yang agak lama sehingga ada sampai setahun untuk kelulusan.

“Jadi, selepas siap ubahsuai pejabat itu nanti dan beroperasi, kita minta segala borang yang dihantar, jangan lebih satu minggu buat keputusan, kalau tidak boleh, beritahu terus dan jika boleh (layak) salur terus bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (Serikandi) Bersama PDK di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu. Kelmarin.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment