Páginas

Wednesday 25 November 2015

Tiada Gerakan Jatuhkan Presiden Parti Di Terengganu – Razif

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 24 NOVEMBER 2015

 Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran RPMM Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.
*****
UMNO Terengganu memberi jaminan bahawa tiada gerakan daripada bahagian dan cawangan untuk menjatuhkan Presiden parti, Dato’ Seri Najib Tun Razak di negeri itu.


Sambil mengulangi pendirian bahawa kepimpinan UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Presiden parti, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan, ahli parti tidak boleh bertindak di luar peraturan parti yang telah digariskan sekian lama.

“Kami di Terengganu akan memastikan kejadian yang berlaku di beberapa cawangan dari negeri-negeri lain tidak berlaku di sini.

“Jika wujud unsur-unsur yang membelakangi perlembagaan dan peraturan parti, UMNO Terengganu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dan Surat Tawaran Rumah Pangsa Mampu Milik Pulau Duyong, hari ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment