DAP - suka cari gaduh
*****
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya lima wakil rakyat PKR di negeri itu ‘bersama UMNO’ adalah kerana Dap tidak boleh menerima sebarang bentuk penolakan terhadap parti mereka.Ujarnya, andai ada rakan sekutu mereka yang tidak bersependapat dengan Dap maka individu tersebut akan dituduh ingin menyokong UMNO dan inilah yang terjadi kepada lima wakil rakyat PKR apabila mereka mengambil sikap berkecuali terhadap usul kontroversi yang dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang dalam sidang Dun negeri itu.
“Dap sebenarnya ada penyakit… mereka fobia dengan nama UMNO. Mereka sentiasa beranggapan bahawa rakyat tidak suka UMNO oleh itu apa sahaja yang tidak baik mesti dikaitkan dengan UMNO.
“Jadi bila ada rakan sekutuPakatan-Crack mereka yang tidak bersependapat dengan Dap maka orang itu berpihak kepada UMNO. Dap lupa bahawa dia tidak boleh mengawal semua orang.
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
“Tidak semua rakan mereka sokong apa yang diperkatakan Dap. Tetapi Dap yang cauvinis dan mengamalkan pemerintahan kuku besi mahu semua orang dengar kata dia. Kalau tak dengar maka dituduh sokong UMNO… UMNO tidak ada kaitan pun sebenarnya,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau juga menegaskan hanya penyokong Dap yang bencikan UMNO dan ini tidak membawa erti semua pihak benci UMNO.
UMNO tegasnya lagi masih relevan dan diterima rakyat dan kerana itulah Barisan Nasional yang mana UMNO menjadi tunjang menjadi kerajaan sejak dulu sehingga kini.
“Pendapat Dap bahawa semua pihak bencikan UMNO adalah salah. Jika mereka terus beranggapan sedemikian itu bermakna mereka berada di landasan yang salah. UMNO akan terus mengukuhkan parti dan UMNO juga akan terus menjadi pilihan dan tonggak kepada parti BN.
“Jika mereka hendak bergaduh sesama sendiri jangan kaitkan UMNO,” ujarnya.
Dek akibat terpukul dengan sikap berkecuali lima wakil rakyat PKR itu, Guan Eng menuduh mereka bersama UMNO dan mahu menentang kerajaan Dap di Pulau Pinang
Ini jelas menunjukkan kepimpinan Dap yang sangat angkuh dan tidak dapat menerima sebarang komen.
– MediaUMNO
No comments:
Post a Comment