Páginas

Sunday 22 November 2015

920 Kanak-Kanak Taska Permata YPKT Hafaz Muqaddam Buat Tahun Kesembilan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 19 NOVEMBER 2015

Pehimi (tengah) bersama sebahagian peserta Majlis Hafazan Muqaddam TASKA Permata YPKT, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan kesinambungan menganjurkan program hafazan muqaddam buat tahun kesembilan berturut-turut sejak 2007, apabila pada tahun ini, seramai 920 kanak-kanak berusia empat tahun daripada Taska Permata berjaya menghafaz 23 surah lazim.


Bagi meraikan pencapaian mereka selaras dengan usaha ke arah menyemai pembentukan generasi al-Quran di peringkat awal usia lagi, satu himpunan kanak-kanak daripada 64 Taska Permata YPKT berkenaan memperdengarkan bacaan mereka sempena Majlis Hafazan Muqaddam, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata kurikulum Permata bersepadu dilaksanakan oleh YPKT mampu menggilap dan meningkatkan potensi diri anak-anak untuk menjadi soleh dan pintar yang cemerlang pada masa akan datang.

IMG-20151119-WA0044

Dalam pada itu, beliau berkata,  kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM15 juta setahun untuk pengurusan operasi YPKT manakala hasil kutipan yuran diperolehi hanya RM9.4 juta setahun.

“Kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pengurusan sebanyak RM5.6 juta atau 37 peratus perbelanjaan pengurusan tidak termasuk perbelanjaan penyelenggaraan bangunan Taska dan pembaikian serta menyediakan peralatan serta permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis itu. Turut hadir Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Muhammad Pehimi berkata, walaupun terpaksa menanggung kos, tetapi kerajaan negeri yang mementingkan kecemerlangan termasuk dalam pendidikan awal akan terus membuat pelaburan bagi mendapatkan pulangan dalam bentuk modal insan kepada.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment