Páginas

Monday 2 November 2015

UMNO Terengganu Perkenal Formula 5S


UMNO Terengganu memperkenalkan `Formula 5S’ supaya parti itu mampu meraih kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-14  akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Razif Abd Rahman, berkata formula 5S diamalkan oleh setiap ahli parti demi masa depan parti dan negara.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, 5S merangkumi S-Solidariti, iaitu kerjasama menjamin tercapainya misi membangun dan membela nasib rakyat; S-Strategi, tidak fakir fikir mencari kaedah kemenangan dalam perjuangan; S-Sistematik, iaitu atur serta susun langkah tindakan dengan penuh yakin, diikuti S-Setia iaitu kesetiaan kita kepada parti dan peneraju parti supaya jangan mudah goyah dan rapuh bila dihimpit masalah dan S terakhir, syukur, iaitu merafatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah semoga melimpahkan nikmat berlimpah-ruah.

“Saya berharap semua ahli dan kepimpinan UMNO dapat menerapkan formula 5S ini dalam usaha kita meraihkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam pilihan raya akan datang. Kita perlu bekerja dari sekarang dan menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Retreat UMNO Kuala Nerus, di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, hari ini.

Kira-kira 500 pemimpin perringkat cawangan Bahagian Kuala Nerus.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment