Páginas

Monday 16 November 2015

Pandu Puteri Diminta Tubuh Skuad Sukarelawan Banjir

AUTHOR: SURIATI ALI 15 NOVEMBER 2015

Mohd Sabri bersama ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu selepas Majlis Persmian Penutup Kursus Kepimpinan di Motel Desa, Kuala Terengganu, petang semalam.
*****
Persatuan Pandu Puteri peringkat daerah di negeri ini diminta menubuhkankan skuad sukarelawan banjir masing-masing bagi memudahkan bantuan tenaga dapat dihulurkan.


Naib Yang Dipertua 1, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT), Mahani Zakaria berkata penubuhkan skuad itu bagi memudahkan bantuan tenaga diberikan jika berlaku bencana diberikan. Katanya, semua sedia maklum apabila memasuki bulan November dan Disember negeri-negeri di Pantai Timur dan Terengganu tidak terkecuali akan menghadapi musim tengkujuh dan berlaku banjir.

“Persiapan awal perlu untuk memudahkan bantuan segera dapat disalurkan terutama daripada guru-guru pemimpin di peringkat sekolah dan sekolah mereka sering dijadi pusat pemindahann,”katanya.

Beliau berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan dengan keahlian di kalangan guru dan pelajar, persatuan sentiasa terpanggil untuk membantu apabila berlaku bencana alam seperti banjir yang mana ini sebelum ini ahli-ahlinya telah digerakkan.

“Dengan adanya skuad ini akan lebih mudah untuk digerakkan dan bantuan dihulurkan apabila diperlukan.

“Bagaimanapun kami lebih bersedia untuk membantu di pusat-pusat pemindahan kerana ahli kami terdiri daripada golongan remaja perempuan dan wanita,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Persmian Penutup Kursus Kepimpinan PPPMCT yang dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, di Motel Desa, Kuala Terengganu, petang semalam.

Mahani berkata, setiap tahun dalam agenda aktiviti tahunan, misi membantu mangsa banjir merupakan program tahunan yang diadakan sama ada dalam bentuk aktiviti yang kecil atau besar. “Sebagai contoh Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri saban tahun turun padang untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,”katanya.

Pada tahun lalu Rosmah bersama jawatankusa tertinggi turun padang di Air Putih, Kemaman dengan menyampaikan bantuan kepada 29,257 murid sekolah rendah dan menengah diikuti 3,080 orang guru serta 541 kakitangan sokongan di 69 buah sekolah yang terjejas di seluruh negeri.

Selain itu, seramai 7,645 keluarga di daerah Kemaman yang paling teruk terjejas akibat bencana itu turut menerima sumbangan yang berupa barangan kebersihan diri dan keperluan rumah.

Seramai 60 guru pemimpin pandu puteri daripada seluruh negeri menyertai kursus selama tiga hari itu dalam meningkatkan kepimpinan di kalangan pemimpin melalui aktiviti persatuan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment