Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah mengubah suai struktur binaan yang wujud sejak 80 tahun lalu itu bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di pasar tumpuan pelancong itu.
Walaupun usaha itu sudah tertangguh beberapa kali, beliau berharap perancangan yang dibuat bagi melihat Pasar Payang mempunyai satu bangunan gah seiring namanya.
“Kerajaan negeri mahu melihat Pasar Payang terus menjadi produk pelancongan negeri pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian KT Walk di pusat bandar Kuala Terengganu, malam tadi.
Hadir sama, Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman.
KTWALK2
Mohamad Kamil sebelum ini menjelaskan, sebagaimana yang dipersetujui bersama, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengubahsuai dan menaik taraf pasar berkenaan sebagaimana yang dicadangkan.
Sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian nanti, peniaga akan dipindahkan ke Pulau Warisan, iaitu akan dikenali sebagai Pasar Payang 2.
“Kita akan siapkan pembinaan Pasar Payang 2 dulu. Setelah siap, peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke sana sementara.
“Sepanjang tempoh itu, kita akan buat kerja naik taraf dan ubahsuai Pasar Payang agar ia menjadi lebih selesa kepada semua peniaga serta pengunjung,” katanya.
Mohamad Kamil berkata, sebaik kerja pengubahsuaian dan naik taraf ini selesai, kesemua peniaga akan ditempatkan kembali ke Pasar Payang.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment