Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, pihaknya akan memfokuskan lapan sekolah di Hulu Terengganu yang berisiko tinggi di tenggelami air pada musim banjir dengan memperkenalkan beberapa langkah baharu berdasarkan pengalaman berdepan musibah banjir besar tahun lalu.
“Kita tidak mahu kejadian seperti tahun lepas berlaku lagi di mana kita terpaksa menanggung kerugian hampir RM800 ribu akibat kemusnahan harta benda di sekolah.
“Sebagai langkah awal, pihak PDHT telah mengeluarkan arahan supaya sekolah-sekolah yang terlibat bertindak dari sekarang menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting sebelum cuti persekolahan bermula.”kata Jalaluddin ketika ditemui pemberita di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, perhatian khas juga diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam peperiksaan dengan menawarkan asrama untuk mereka tinggal sewaktu banjir berlaku bagi memastikan mereka ini tidak terkandas kerana terputus hubungan antara runah dan sekolah.
“Selain daripada itu, laluan-laluan alternatif untuk pengawas peperiksaan juga telah dikenalpasti melalui pelan kontijensi yang dibuat sebelum ini supaya tidak timbul masalah untuk bertugas.
“Kita telah berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat dengan banjir bagi memastikan pelan kami di bawah Jawatankuasa Payung berjaya menghadapi banjir pada tahun ini dan mengurangkan kos kerugian akibatnya,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment