Páginas

Wednesday, 25 November 2015

200 Peserta Dalam, Luar Negara Berkampung Di Terengganu Sempena ICDETAH 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 24 NOVEMBER 2015

Zubir menerima cenderahati pada Persidangan Antarabangsa Pembangunan Pendidikan, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH) 2015, di Permai Hotel, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Seramai 200 peserta terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dari Malaysia, Thailand, Korea, Singapura, Amerika Syarikat dan wakil agensi kerajaan berkampung tiga hari di Terengganu sempena Persidangan Antarabangsa Pembangunan Pendidikan, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH) 2015, bermula semalam.


Program julung kali itu dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.

Presiden Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu (Perapat), Prof Madya Dr Abdul Halim Ali, berkata daripada keseluruhan peserta, 120 orang adalah pembentang kertas kerja, manakala selebihnya adalah peserta biasa.

Katanya, penganjuran pertama itu memilih Terengganu sebagai destinasi bertepatan dengan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi ilmuwan dan cendekiawan sejajar dengan status Negeri Anjung Ilmu.

“Persidangan kali ini mengetengahkan aspek pembangunan pendidikan, alam sekitar, pelancongan, ekonomi, politik, seni dan juga warisan sebagai teras kepada pengkajian perbincangan dan dialog.

“Ia bakal menjadi platform bagi pencambahan ilmu dalam menjayakan Transformasi Terengganu Baharu,”katanya.

Menurutnya, Mantan Menteri Negara Kanan Pendidikan Singapura, Sidek Saniff pula menyampaikan ucaptama yang bertajum `Dunia Pasca 9/11′.

Penutup program dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, kira-kira jam 5 petang, esok.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment