Páginas

Sunday 22 November 2015

Terengganu Belanja RM1.28 Juta Untuk 2,563 Pelajar UPSR 2014

AUTHOR: SURIATI ALI 21 NOVEMBER 2015
 
Ahmad Razif bersama pelajar cemerlang selepas selepas Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Dalam Peperiksaan Umum di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim.
*****
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu membelanjakan lebih RM1.28 juta untuk diagihkan kepada 2,563 pelajar yang memperoleh semua A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.


Bayaran RM350 dalam bentuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan tambahan RM150 secara tunai itu dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut parlimen.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hadiah buat pelajar UPSR 2014 agak lewat kerana terpaksa menunggu kelulusan peruntukan belanjawan 2015. “Berlainan dengan hadiah untuk 2,563 pelajar UPSR 2015 membabitkan peruntukan RM1.27 juta dan akan diagihkan secara serentak Ahad ini.


“Kita guna peruntukan tabung khas untuk pembayaran itu, semata-mata mahu pelajar rasa dihargai di atas kejayaan yang menaikkan peratusan kecemerlangan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Dalam Peperiksaan Umum di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Speaker DUN Dato’ Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Seramai 2,069 pelajar cemerlang dalam peperiksaan umum termasuk 1,496 pelajar UPSR 2014 dari empat Parlimen hadir untuk menerima hadiah kecemerlangan masing-masing, membabitkan bayaran lebih RM990,000.

Parlimen itu , Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang. Parlimen lain akan diagihkan pada waktu yang akan ditentukan kemudian.

Anugerah pingat emas diperoleh Muhammad Rafiuddin Rahim dan Nur Aqilah Jamaludin yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Ahmad Razif memberitahu, pemberian SSPN-i kepada pelajar cemerlang bagi memupuk minat menambung dari usia muda, pastinya boleh digunakan ketika mahu melanjutkan pelajaran ke universiti kelak.

“Pemberian seumpama itu akan diteruskan atau sebaliknya, bergantung kepada kemampuan kewangan negeri ,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment