Páginas

Sunday 22 November 2015

Ahli Parlimen Serah Bot Kegunaan Musim Banjir

Dato' Seri Haji Idris dan Dato' Haji Pehimi dalam sidang akhbar selepas menyampai bot kegunaan banjir.
*****
Jertih, 22 Nov (MediaJerteh) -- Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Haji Idris Jusoh menyerahkan 4 unit bot kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Besut untuk kegunaan musim banjir ini.


Setiap bot dilengkapi dengan injin 15 kuasa kuda serta jaket penyelamat dan kelengkapan lain.

Dengan adanya bot ini, kerja-kerja membantu pihak berkuasa dapat dijalankan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.
Sukarelawan TTB boleh memenafaatkan keggunaan bot ini bagi membantu mangsa banjir dalam DUN berkenaan.

Hadir sama dalam majlis ini Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh dan wakil-wakil ADUN.





MediaJerteh

No comments:

Post a Comment