Pelbagai menu dijual pada Program Terengganu Kitchen sempena Pesona Terengganu 2015. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Seramai 40 usahawan terkenal dan pengusaha Industri Kecil dan Serdahana (IKS) tampil mempromosi, menjual dan menyediakan pelbagai juadah kepada pengunjung melalui Program Terengganu Kitchen sempena Pesona Terengganu 2015 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Program selama lima hari, bermula 29 Oktober lalu, turut menampilkan beberapa segmen lain di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Antaranya Tranformasi Terengganu Baharu (TTB), keusahawanan, pelancongan, pendidikan dan sains, ekonomi dan pelaburan, kebudayaan dan kesenian, pertanian, serta sumber manusia dan sukan.
Usahawan terkenal Pozi Holding, Manang Songket, Seem Nor Batek dan Sinku Food Industri Sdn Bhd dan T’Dagang antara nama yang terlibat membawa nama Terengganu pada Program Terengganu Kitchen.
Pengurus Besar Sinku Food Industri Sdn Bhd, Zaleha Mohamad, berkata jutaan terima kasih Kerajaan Terengganu kerana turut memilih syarikatnya bertandang ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama usahawan lain menjayakan Pesona Terengganu.
Katanya, pendekatan seumpama itu wajar diteruskan kerana boleh memprosmosi keunikan Terengganu, terutama perihal makanan tradisonal secara berdepan dengan masyarakat luar, termasuk pelancong asing.
“Mungkin ada di masyarakat di sini belum pernah merasai makanan tradisional Terengganu yang betul-betul berkualiti, boleh mencubanya tanpa berkunjung ke Terengganu.
“Apabila sudah mengetahui apa kelebihan, keunikan dan keindahannya, sudah tentu mereka mahu mengunjungi Terengganu ,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment