Páginas

Sunday 15 November 2015

200 Ahli Persatuan Pesara Kerajaan Besut Sertai Taklimat TTB

AUTHOR: FAUZI MOHD 12 NOVEMBER 2015

A Rahim menyampaikan sumbangan kepada peserta Taklimat TTB di Dewan Masjid Hadhari Jertih, Besut hari ini. Foto oleh Mohamad Ishak
*****
Seramai 200 ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Daerah Besut diberi penerangan mengenai prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Hadhari Jertih, Besut hari ini.


Program anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Besut dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) bertujuan melengkapkan lagi pengetahuan mengenai konsep baru Kerajaan Negeri kepada pesara kerajaan negeri ini.

Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh merasmikan program berkenaan dan turut dihadiri Timbalan Pengarah (Khidmat Prengurusan) UKOM, Mohd Razif Abdul Majid dan Pengerusi PPKM Daerah Besut, Abdul Rashid Awang.

A Rahim ketika merasmikan program itu mahu pesara menghayati lapan prinsip TTB yang menjadi amalan kepada pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana ia sesuai untuk pembangunan insan di negeri ini.

“Walaupun sudah meninggalkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan tetapi golongan pesara amat penting untuk membantu kerajaan membangunkan negeri kerana pesara mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berharap PPKM terus menjalankan aktiviti kemasyarakatan bukan sahaja kepada golongan pesara tetapi juga kepada komuniti setempat.

Pesara, Mohd Noor Awang, 68, berkata beliau gembira menyertai peneraangan TTB kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dan berpuas hati dengan ceramah yang diberikan Mohd Razif kerana mudah difahami dan dalam keadaan bersantai.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment