Dua pelancong asing turut bersama-sama pengunjung lain menwarna batik.
*****
Pengunjung termasuk pelancong asing berpeluang menyertai program mewarna corak batik pada kain putih sepanjang hampir 600 meter sempena Pesona Terengganu 2015, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.
Acara sampingan sempena karnival lima hari itu menggamit tarikan kira-kira 200 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan umur untuk turut serta bermula pada jam 11 pagi dan berakhir empat jam kemudian.
Melalui program itu, orang ramai terutama pelancong asing boleh mengetahui dengan lebih dekat dan mengalami sendiri pengalaman mewarna batik Terengganu.
Seorang pengunjung dari Selangor, Azilah Hani Mohd Shahir, 25, berkata pengalaman mewarna batik terpanjang amat bermakna kepadanya apatah menjadi rekod buat negara sebagai batik terpanjang di Malaysia.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment