Páginas

Sunday 22 November 2015

Jabi Jadi Pangkalan Pengeluar Melon Manis Terengganu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 20 NOVEMBER 2015


Seramai 50 peserta di kalangan penduduk tempatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi mengusahakan Melon Manis Terengganu menerusi konsep inkubator  untuk pasaran antarabangsa berikutan  banyak permintaan daripada penduduk di beberapa negara terutama Rantau Asia.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Iskandar Jaafar berkata, pusat pengeluaran tanaman itu terletak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Tok Dor  berupaya menghasilkan buah yang mampu dieksport ke luar negara dan mendapat permintaan yang  tinggi dari Jepun serta Singapura.

“Produk pertanian yang bakal diberi fokus utama dalam industri pertanian negara itu diusahakan menerusi penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH),”katanya.

Sehingga kini, sebanyak 444 unit SPH didirikan dengan kapasiti pokok berjumlah 222,000 dan   jangkaan pengeluaran 666 tan metrik melibatkan nilai RM2 juta setiap pusingan atau RM6 juta setahun.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment