Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, pembinaan kawasan komersil itu merangkumi beberapa pakej kini masih dalam pembinaan namun ada yang telahpun siap.
“Kemajuan keseluruhan pulau ini kini telahpun siap 70 peratus dan dijangka akan siap pada Jun tahun hadapan.
“Namun demikian, kemajuan ini tidak sekata kerana ada pakej yang telah siap melebih 90 peratus dan ada yang kurang dari 50 peratus,” katanya.
Beliau ditemui dalam lawatannya ke Pulau Bebas Cukai di Tasik kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pembangunan Tasik Kenyir, Dato’ Seri Ahmad Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato’ Mustafar Khalid.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment