Páginas

Monday 30 November 2015

Arak Tasik Kenyir : Ada Permohonan, Tapi Belum Ada Kelulusan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 26 NOVEMBER 2015


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sehingga kini, tiada kelulusan penjualan minuman keras dikeluarkan oleh kerajaan negeri di kawasan bebas cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir yang bakal beroperasi pertengahan tahun depan.


Katanya, walaupun semua kawasan bebas cukai di negara ini diberikan lesen bagi penjualan barangan tersebut, pihak kerajaan negeri masih lagi dalam perbincangan mengenainya.

“Kita mempunyai permintaan untuk penjualan minuman keras di kawasan ini namun demikian ianya masih dalam perbincangan dan pihak kerajaan negeri tidak pernah meluluskannya setakat ini,” katanya.

Beliau memberitahu perkara itu kepada media dalam lawatannya ke Tasik Kenyir, hari ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment