Páginas

Wednesday 18 November 2015

UPSR 2015: SK Tapu Muncul Sekolah Terbaik

AUTHOR: SURIATI ALI 17 NOVEMBER 2015

Ahmad Syukri
*****
Sekolah Kebangsaan (SK) Tapu, Hulu Terengganu muncul sekolah terbaik di Terengganu apabila berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.30 dan pencapaian keseluruhan lulus atau minima C bagi semua mata pelajaran.


Berdasarkan keputusan itu, seramai sembilan pelajar daripada 21 calon berjaya mendapat semua A.

Guru Besar sekolah itu, Ahmad Syukri Ghaza, berkata bilangan pelajar mendapat semua A tahun ini meningkat kepada sembilan pelajar berbanding hanya lima pelajar daripada 20 calon tahun lalu.

Katanya, rekod lain, SK Tapu berjaya mencapai minima C atau lulus semua matapelajaran dua tahun berturut-turut.

“Kebijaksanaan guru mengesan tahap kelemahan pelajar terhadap mata pelajaran tertentu khususnya bahasa inggeris dan sains, antara faktor lulus penuh.

“Kami juga berjaya mengubah kedudukan keenam UPSR 2014 kepada barisan pertama pada tahun ini,”katanya.

selepas Majlis Pengumuman Keputusan UPSR di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Shukri memberitahu sokongan kuat kerajaan negeri, JPNT, guru-guru dan juga Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) menjadi kekuatan SK Tapu BERJAYA meraih nama di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

“Faktor lain, mempergiatkan program bersama ibu bapa, motivasi berterusan dan mewujudkan kelas tambahan,”katanya.

Khadijah
*****
Manakala SK Rantau Petronas Kemaman pula berjaya mencapai kedudukan pertama daripada bilangan sepuluh sekolah terbaik bagi peratusan percapaian semua A. Seramai 42 pelajar atau 44.58 peratus daripada 94 calon berjaya memperoleh semua A.

Guru Besar sekolah itu, Khadijah Sulaiman, berkata keyakinan dan kemahuan tinggi pelajar terhadap semua mata pelajaran, selain sokongan kuat daripada JPNT, guru dan juga ibu bapa, antara faktor utama kejayaan itu.

“Saya dengan kerjasama guru dan ibu bapa, akan terus mengekalkan kecemerlangan ini pada masa akan datang,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment