Páginas

Wednesday 18 November 2015

Siti Nur Ain, Ahmad Iqbal Buktikan Kemiskinan Bukan Halangan Berjaya

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 17 NOVEMBER 2015

 Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tapu menunjukkan keputusan UPSR mereka yang diumumkan hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Usaha berterusan serta tidak mudah mengalah antara faktor pendorong kejayaan dua pelajar luar bandar, Siti Nur Ain Shafiqah Sh Abdul dan Ahmad Iqbal Hafizie Jusoh untuk berkongsi kejayaan selepas meraih keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015, yang diumumkan hari ini.


Kedua-dua pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tepu, Hulu Terengganu itu menyifatkan keputusan diperolehi mereka merupakan di luar jangkaan.

Bagi Siti Nur Ain, dia hanya memperoleh 3A, 1B dan 1C pada peperiksaan percubaan dan bertekad mahu melakukan lebih baik pada peperiksaan sebenar sehingga berjaya merealisasikannya hasil usaha dan doa yang konsisten.

Siti Nur Ain Shafiqah Sh Abdul menunjukkan keputusan UPSR yang diperolehi olehnya.
*****
Anak yatim yang kematian bapa ini membuktikan walaupun hidup serba kekurangan dan hanya bergantung kepada sumber pendapatan ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu di sekolah, dia tetap mahu menjadi contoh kepada rakan yang lain serta kekurangan itu bukan halangan untuk mencipta kejayaan.

Tambahnya, keputusan yang diperoleh itu juga merupakan berkat usaha guru-guru yang tidak mengenal erti lelah dalam mendidik pelajar di sekolah tersebut.

“Walaupun keputusan semasa percubaan saya hanya memperoleh 3A, usaha guru-guru banyak membantu untuk saya memperolehi keputusan cemerlang pada hari ini.

“Saya banyak mengikuti kelas-kelas tambahan yang dilakukan oleh pihak sekolah serta sering melakukan solat sunat agar memperolehi keputusan cemerlang,” katanya yang ditemui di sekolah itu.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib menyampaikan keputusan UPSR kepada semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Tepu, Hulu Terengganu, hari ini.

Ahmad Iqbal Hafizie Jusoh
*****
Manakala, berbeza bagi Ahmad Iqbal yang bukan menjadi pelajar sasaran untuk memperolehi 5A dalam UPSR 2015 menggunakan kata kunci berusaha untuk memperolehi keputusan semua A bagi peperiksaan itu.

Berbekalkan hanya 2A, 2B dan 1C semasa peperiksaan percubaan, usaha yang gigih serta sering melakukan kerja berkumpulan bersama rakan-rakan sekelas merupakan cara bagi mendapat keputusan di luar jangkaan tersebut.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mendapat 5A dalam UPSR kerana hanya menyasarkan 4A dan 1B sahaja.

“Berkat usaha serta sering bertukar pendapat bersama rakan sekelas membuahkan hasil yang begitu indah untuk dikenang,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment