Páginas

Sunday 15 November 2015

Pos Malaysia Jertih, Johan Pertandingan Asyura TTB

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 12 NOVEMBER 2015

Pasukan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) Cawangan Jertih apabila dinobatkan Johan Pertandingan Asyura Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di Jertih, hari ini. Foto oleh Mohamad Ishak
*****
Semangat kerjasama kental dan keseragaman berpakaian ketika mengacau bubur asyura membawa tuah kepada pasukan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) Cawangan Jertih apabila dinobatkan Johan Pertandingan Asyura Transformasi Terengganu Baharu (TTB) kategori Jabatan/Agensi/Syarikat/NGO di Jertih, hari ini.


Kejayaan itu membolehkan Pos Malaysia Jertih menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sebuah kawah. Manakala pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alur Selinsing pula muncul johan bagi kategori JKKK dan UMNO.

Pertandingan anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jertih dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Besut itu menarik perhatian orang ramai kerana ia mempamerkan semangat kerjasama berpasukan selain pembabitan kaum Cina.

Sebanyak 100 pasukan mewakili pelbagai jabatan kerajaan, sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai pertandingan itu Setiausaha Penyelaras Program, Azizul Jasmi Mohamad berkata, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih menarik perhatian pengunjung kerana ia buat pertama kali menampilkan kaum Cina menyertai aktiviti mengacau bubur asyura berkenaan.

“Sempena pertandingan itu orang ramai juga turut menyaksikan proses mengukur kelapa secara tradisional yang menggunakan peralatan “kukuran” yang kini jarang dilihat oleh generasi baru.

“Pemilihan asyura terbaik juga berasaskan kepada ramuan masakann tradisional dan mempunyai cita rasa yang asli,”katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof diwakili iaterinya Toh Puan Roslida Daud merasmikan program berkenaan serta menyampaikan hadian kepada pasukan yang berjaya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment