Páginas

Monday 16 November 2015

PSKT Berpindah Ke Lokasi Baharu Akhir Tahun ini

AUTHOR: SURIATI ALI 15 NOVEMBER 2015

Dato’ Mohd Zubir Embong menyempurnakan gimik Perasmian Penutup Karnival, Kreativiti dan Sains 2015 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) yang baharu hampir 98 peratus siap dan dijangka berpindah secara berperingkat ke lokasi baharu di Kampung Laut, Chendering, akhir tahun ini.


Ketua Pegawai Operasi PSKT, Afnida Aini Alwi, berkata PSKT baharu yang dibina pada 2006 dan melibatkan peruntukan RM43 juta itu, dalam proses kerja-kerja terakhir .

“PSKT dibina di kawasan seluas hampir 25 hektar dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden bertaraf antarabangsa bakal menjadi pusat sains terbesar di negara ini.

“Menempatkan sembilan galeri pelbagai tema, antaranya galeri maya, galeri berkaitan alam dinosaur, dewan teater dan sebuah auditorium.

“Apabila beroperasi kelak, PSKT mampu memberi pendedahan lebih mendalam kepada orang ramai terutama pelajar berkaitan alam sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival, Kreativiti dan Sains 2015 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir merasmikan karnival Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dato’ Dr Mohd Azhar Yahaya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment