Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memotong riben sebagai simbolik perasmian Pejabat Sekretariat Permata di Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menerima pejabat operasinya sendiri yang bernilai hampir RM100,000 di Menara Yayasan Terengganu yang terletak di Kampung Baru, hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata penyerahan bangunan tersebut amat bersesuaian dengan prinsip ke-8 Transformasi Terengganu Baharu (TTB), iaitu Memperkasakan Pendidikan.
“Sekretariat Permata Zon Tengah ditubuhkan bagi membantu mahasiswa dari Terengganu di Lembah Klang terutamanya dalam mencari informasi berkaitan negeri.
“Penubuhan pejabat sekretariat pula akan dijadikan sebagai ‘one stop center’ di mana pelajar dapat maklumat berkaitan Terengganu, selain boleh mengikuti pelbagai kursus berkaitan sebelum menghadapi alam pekerjaan,” katanya.
Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohamad Sulong dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Ahmad Razif berkata, selepas penubuhan pejabat Permata Zon Tengah, kerajaan negeri melalui YT akan turun mewujudkan pejabat tersebut di zon-zon lain.
“Buat masa sekarang, kita sudah mempunyai tapak untuk dijadikan pejabat Sekretariat Permata bagi Zon Selatan di Skudai (Johor) hasil dari perbincangan pihak YT dan Universiti Teknologi Malaysia.
“Bagi Zon Utara pula, kita masih dalam perbincangan sama ada akan tubuhkan di Kedah ataupun Pulau Pinang,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment