Páginas

Monday 18 May 2015

15 Sekolah Dalam DUN Jerteh Menerima Kek Sempena Hari Guru 2015

Oleh: Wan Aziz Wan Idris | 18/05-2105

18 Mei 2015 - Bersempena Sambutan Hari Guru 2015, pada hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof menyumbangkan 15 kek kepada 15 bauh sekolah rendah dan menengah dalam DUN Jerteh sebagai menghargai jasa dan sumbang warga pendidik khas dalam DUN ini.


Kek-kek diagihkan seawal pagi kerana rata-rata sekolah mengadakan majlis sambutan pada hari ini walaupun tarikh pada tahun ini 16 Mei 2015 jatuh pada hari Sabtu. Kakitangan Pejabat Penyelaras dan Atra DUN Jerteh membantu menyampaikan kek-kek tersebut kepada Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar di sekolah masing-masing.

Dato' Haji Muhammad Pehimi merakamkan ucapan 'Selamat Hari Guru 2015' kepada semua guru-guru. Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.




Kakitangan-kakitangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Jerteh menyampaikan kek sumbangan ADUN Jerteh ke sekolah-sekolah dalam DUN Jerteh
*****
MediaJertih

No comments:

Post a Comment