Páginas

Tuesday, 5 May 2015

Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah Rai Golongan Istimewa

AUTHOR: SURIATI ALI | 4 MAY 2015

Sultan Mizan berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan istimewa sempena Majlis Santapan Bersama Warga Istimewa sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto: Harish Fadzillah Kasim
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 476 golongan istimewa.


Pengurniaan itu disampaikan kepada warga emas, fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal sempena Majlis Santapan Bersama Warga Istimewa sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu, hari ini.

Golongan istimewa dirai
*****
Hadir mengiringi baginda berdua, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Hadir sama, kerabat-kerabat Raja, Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Orang-Orang Besar Raja; Ahli-Ahli Darjah Kebesaran Negeri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan.

Sementara itu, pelajar Sekolah Pendidikan Khas Banggol Peradong, Soleh Rosli, 11, berkata dia teruja dapat melihat Sultan dan Sultanah Terengganu secara dekat buat kali ketiga.

“Saya sangat gembira dapat datang ke sini kerana dapat menikmati pelbagai makanan, selain berpeluang jumpa rakan senasib,” ujar anak yatim yang kehilangan ibu ketika berusia 10 tahun.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut memberitahu akan menggunakan sumbangan yang diberi Sultan Terengganu untuk menampung perbelanjaan persekolahannya.

Seorang penerima OKU kategori warga emas, dari Jertih, Besut Mohd Salleh @ Said Nik, 63 berkata, dia bersyukur kerana turut terpilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

“Sumbangan pertama kali yang diberi Sultan Mizan itu cukup bermakna dan akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan barang keperluan harian” ujarnya yang menghidap diabetis sejak20 tahun lalu.

Teganukita

No comments:

Post a Comment