Dato' Haji Muhammad Pehimi
******
Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM670,000 bagi melaksanakan Program Bulan Madu Kali Kedua sejak 2009 sehingga April 2015.Perbelanjaan yang melibatkan 863 pasangan bagi pakej penginapan, bahan kursus dan pengangkutan dianggarkan membabitkan RM 777 setiap pasangan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata daripada jumlah keseluruhan itu, jumlah peserta pada tahun pertama diperkenalkan hanya 15 pasangan (2009), 91 pasangan (2010), 40 pasangan (2011), 157 pasangan (2012), 88 pasangan (2013), 369 pasangan (2014) dan sehingga April lalu pula melibatkan 103 pasangan.
“Terengganu satu-satunya negeri yang mempunyai program seperti itu sebagai mekanisme bagi menyemarakkan hubungan suami-isteri selain menyelamatkan rumahtangga pasangan yang hampir retak kerana kajian mendapati keruntuhan institusi kekeluargaan juga adalah antara faktor masalah sosial di kalangan generasi muda.
“Program ini sudah menunjukkan hasil yang sangat positif dan YPKT sentiasa memantau perkembangan semua peserta agar mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.
Dalam laporan sebelum ini, program Bulan Madu Kali Kedua kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu berjaya memantapkan institusi kekeluargaan, seterusnya memulihkan hubungan suami isteri yang bermasalah di Terengganu.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment