Páginas

Sunday, 17 May 2015

Gotong-Royong Pupuk Semangat Kerjasama

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 17 MAY 2015


Bersandarkan tema ‘Transformasi Terengganu Terbersih: Masyarakat Sejahtera’, Program Gotong-Royong Perdana dijalankan serentak di seluruh Terengganu, semalam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program tersebut, ia bukan hanya dapat menceriakan kawasan malahan mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk.



“TTB yang dibawa oleh kerajaan negeri juga membawa maksud ‘Team’ iaitu berpasukan. Dengan program yang diadakan ini, ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan dan berpasukan antara kita.

“Semangat ini perlu disemai serta dipupuk kerana ianya dapat memudahkan urusan samada di tempat kerja, di rumah dan di mana sahaja,” katanya.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong di Majlis Perasmian Gotong-Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Astaka, Kuala Berang.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Tambahnya, dengan peningkatan demam denggi yang tinggi di kawasan bandar, rakyat harus lebih cakna terhadap kebersihan persekitaran mereka.

“Antara faktor yang menyumbang ke arah pembiakan nyamuk Aedes adalah longkang tersumbat, takungan air di kawasan perumahan dan sampah yang terbiar.

“Perkara ini berlaku disebabkan ketidakcaknaan dan sikap ambil mudah dalam menjaga persekitaran supaya bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment