Páginas

Sunday 17 May 2015

Peserta Perkhemahan TTB, diutamakan Isi Kekosongan Jawatan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 17 MAY 2015


Penduduk Terengganu yang aktif menyertai mana-mana badan sukarelawan, termasuk Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan negeri dan anak syarikatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sekiranya ada peluang pekerjaan ditawarkan di agensi-agensi milik kerajaan Terengganu, kerajaan  memberi sokongan penuh kerana mengetahui golongan itu berkebolehan dalam pelbagai aspek .


“Mereka berkebolehan kerana sering mengikuti penganjuran kursus yang lengkap dengan pelbagai pengisian program, mempelajari dan juga telah mengetahui misi serta visi dan hasrat kerajaan.

“Aspek itu  memberi kelebihan kepada mereka yang terlibat walaupun perlu berdepan tugasan sukar dan agar mencabar,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) Peringkat Hulu Terengganu di Sekolah Kebangsaan Tengkawan, semalam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda dan Pegawai Kluster Belia dan Sukan, Khairuddin Abd Majid.

Perkhemahan tersebut yang berlangsung selama tiga hari melibatkan 400 peserta dari daerah Hulu Terengganu.

Rozi turut memberitahu, perkhemahan di setiap daerah sentiasa  ditambah baik, sebagai usaha mencapai matlamat penganjuran program, termasuk melahirkan insan bijak berdikari

“Setiap kali perkhemahan tersebut diadakan, pihaknya akan mengadakan bengkel untuk melihat kekurangan yang dapat dilihat.

“Jika didapati ada sebarang kelemahan pada siri tersebut, kita akan memperkemaskan lagi sehingga sampai satu tahap dimana tiada kecacatan dalam program ini.

“Bagi peringkat Hulu Terengganu ini, saya dapat lihat dari segi perjalanan pengurusan, makan dan minum peserta serta perlaksanaan modul banyak telah berubah ke arah yang lebih baik daripada program sama di Kuala Nerus pada Mac lalu,” katanya kepada Teganukita.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment