Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bersama mantan Menteri Besar Terengganu ke-10 dan ke-12, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (kiri) dan Dato' Seri Idris Jusoh (kanan). Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Usah bersengketa sesama kita. Itulah antara ungkapan penting bekas Menteri Besar Terengganu ke-10, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dalam program Malam Semarak Kasih Lestari Budi, Khamis lalu.Majlis di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam semalam itu turut menjadikan Menteri Besar ke-14, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai moderator forum manakala Wan Mokhtar serta Menteri Pendidikan II merangkap bekas Menteri Besar Terengganu ke-12, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai ahli panel.
Dalam forum itu, kedua-dua tokoh berkongsi pengalaman masing-masing semasa menjadi pemimpin negeri dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam membangunkan Terengganu.
“Kerjasama yang baik antara semua pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri, barisan exco kerajaan serta rakyat merupakan perkara paling penting dalam memerintah sesebuah negeri.
“Melalui perpaduan, saya yakin dan pasti kita (Barisan Nasional) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya dalam program tersebut.
Menceritakan pengalaman beliau semasa zaman pemerintahannya, bapa pembangunan negeri Terengganu itu berkata penekanan dalam membangunkan kawasan luar bandar diberikan dahulu kerana mahukan semua lapisan masyarakat merasakan kemajuan.
“Kebiasaannya pemimpin lain akan meminta peruntukan bagi membangunkan kawasan dalam bandar.
Ujarnya lagi, usah bandingkan setiap pemimpin dengan pemimpin dengan yang lain kerana ia sememangnya tidak sama.
“Sebagai contoh, saya memerintah selama 25 tahun, banyak perkara yang dapat saya lakukan kerana tempohnya panjang.
“Jika pemimpin sekarang diberi masa yang panjang seperti saya, mereka juga dapat lakukan banyak pembangunan demi negeri ini,” katanya.
“Sudah tiba masanya, kita terus menyokong kepimpinan yang ada sekarang.
“Saya percaya di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif, rakyat akan memberi sokongan yang padu,” katanya.
Lebih 2,000 penonton hadir pada progam yang bermula pukul 9 malam tadi kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan mantan-mantan Menteri Besar berkumpul dalam satu pentas buat pertama kalinya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment