Produk lain kuih tahi itik, buah tanjung, bekang, bingka ubi, tepung pasung, tok aji serban, lok lik dan puli turut diketengahkan.
Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) itu akan dianjurkan selama 10 hari, berakhir 31 Mei depan di Padang Dataran Merdeka, Dungun.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata seramai 132 pengusaha makanan di negeri ini akan terlibat sepanjang program itu bagi mempamerkan, mempromosi serta menjual masakan dan kuih muih mengikut jadual yang diatur,.
Katanya, mereka akan juga akan mengetengahkan jenis masakan, terutama yang sudah popular daerah masing-masing melalui demotrasi masakan.
“Pendekatan itu sudah pasti dapat mempromosi kembali makanan tradisional seperti acar pisang, sayur jambu golok dan pelbagai masakan lain kepada masyarakat umum terutama generasi muda.
“Lebih menarik, kita turut mengundang chef Zamzani Abdul Wahab, atau lebih dikenali sebagai chef zam untuk mengadili pertandingan masakan serta membuat demotrasi,”katanya kepada teganukita.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment