Ahmad Yakob
*****
KOTA BHARU 23 Mei - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob memberi gambaran bersetuju dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP.Pada masa Ahmad yang juga Menteri Besar turut menyifatkan pendirian Presiden itu adalah berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dilakukannya terlebih dahulu.
Beliau berkata, Abdul Hadi berkemungkinan telah melakukan penelitian serta proses yang panjang mengenainya sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Berkemungkinan dia (Addul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu (sedia putus hubungan dengan DAP).
"Apa-apa pun keputusan kita tunggu muktamar nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Balai Islam, Lundang di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam yang bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP ekoran tindak-tanduk pemimpin parti itu yang mahu membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan Pas dan PKR.
Abdul Hadi pada masa sama secara tegas turut menolak hasrat DAP untuk membentuk Kabinet bayangannya sendiri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng memberi gambaran untuk memerintah negara secara bersendirian sekiranya menguasai Putrajaya apabila membentuk Kabinet bayangan sendiri terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti itu.
Langkah itu disifatkan satu penghinaan kepada Pas apabila Guan Eng memaklumkan keputusan itu dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Abdul Hadi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pendirian-hadi-putuskan-hubungan-dengan-dap-1.94951#sthash.73pO47Vq.dpuf
No comments:
Post a Comment