Páginas

Tuesday, 5 May 2015

Pesta Buku Terbesar Di UniSZA Esok

AUTHOR: NORAINI JUSOH 5 MAY 2015


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Big Bad Wolf Books Sdn. Bhd. akan menganjurkan ‘The Big Bad Wolf Book Sale’ selama enam hari bermula esok (6 Mei), bertempat di Dewan Gimnasium UniSZA, Kampus Gong Badak.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat & Antarabangsa UnisZA, pesta buku terbesar di Terengganu itu adalah julung kali diadakan di Pantai Timur dan pertama kali di UniSZA.


“Pesta buku yang menawarkan harga serendah RM 3 dan potongan sebanyak 75 hingga 95 peratus ini akan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

“Lebih 700,000 judul buku tempatan dan antarabangsa akan dijual sepanjang pesta berkenaan dengan sasaran pengunjung lebih 30,000 orang antaranya pelajar sekolah, masyarakat setempat, pelajar universiti dan sebagainya,” ujarnya.

Katanya, perasmian pesta buku berkenaan turut diadakan esok dan bakal disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

“Pada majlis itu juga, satu memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan Big Bad Wolf Sdn. Bhd. bakal diadakan untuk menjalankan kerjasama pada masa akan datang,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment