Páginas

Wednesday 13 May 2015

Sidang DUN: UMNO Terengganu Turut Sokong Najib, Muhyiddin

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 12 MAY 2015


Kepimpinan tertinggi UMNO Terengganu turut memberi sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya termasuk menyelesaikan segala isu yang sedang melanda kepimpinan negara pada masa kini seperti 1MDB, cukai barang  dan perkhidmatan (GST) dan Tabung Haji.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau bersama barisan Majlis Tertinggi (MT) juga menawarkan untuk membantu Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd  Yassin dalam menyelesaikan isu berkenaan.


“Dalam mesyuarat MT  (UMNO)  kelmarin, saya turut dapat berpeluang hadir. Jadi semua MT  memberi sokongan penuh kepada Perdana menteri dan Timbalannya serta Timbalan Perdana Menteri juga memberi pengakuan yang beliau akan memastikan Perdana Menteri akan terus diberi sokongan penuh dan membantu sepenuhnya untuk menyelesaikan segala isu.

“Perdana Menteri juga memberi pengakuan segala masalah akan dikongsi secara bersama dan penyelesaikan yang akan dilaksanakan adalah secara solidariti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman,  Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif juga memberitahu, ramai di kalangan  barisan MT UMNO menawarkan diri untuk menyelesaikan semua isu termasuk Tabung Haji supaya lebih jelas dan tidak akan dipertikaikan di kemudian hari.

“Semalam juga ramai MT menawarkan untuk bantu masalah Tabung Haji iaitu Pengerusinya, Dato’ Azeez Rahim untuk pastikan keputusan Tabung Haji tidak akan dipertikaikan oleh rakyat dan memastikan penerangan akan diberi sejelas-jelasnya berhubung tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment