Páginas

Thursday 21 May 2015

Intipati Utama RMK-11

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 MAY 2015


Berikut intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

* rakyat merupakan tonggak negara

* menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan

* semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara


2. RMK11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk meningkatkan pertumbuhan

* meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta

* menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan

* mengurus kewangan awam secara berhemat

3. RMK11 mempunyai enam teras strategi

* memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

* meningkatkan kesejahteraan rakyat

* meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

* menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing

* memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

* merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

4. RMK11 akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti

* bertumpukan rakyat

* produktiviti dan kecekapan

* kerajaan digital

5. Semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama mencapai aspirasi negara

– dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu

6. Membina Malaysia Pasca 2020.

* Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi

* menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan keunikan flora dan fauna negara ini.

* rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh

* prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan

* sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu

7. RMK11 berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini

* RMK11 mengutamakan tindakan

* berpaksikan rakyat

* mengambil kira perspektif jangka panjang

8. Rakyat Malaysia akan lebih produktif

* produktiviti sektor swasta

* produktiviti sektor awam

9. Membina negara maju

* menjana kekayaan melalui inovasi

* mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri

* membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global

10. Membangun secara mampan

* gaya hidup hijau

* reduce, reuse and recyle (3R)

* pembelajaran hijau

11. Komited dalam mewujudkan sebuah masyarakat inklusif

* kualiti hidup yang selesa untuk semua

* seorang graduan bagi setiap isi rumah

* komuniti usahawan produktif

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment