Dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit -BN) berkata, dia menyedari kos bagi tujuan itu memerlukan peruntukan yang besar.
“Sebaliknya perlu difikirkan juga mengenai keselesaan penduduk kampung dan pelancong di kawasan terbabit,” katanya
Sementara itu, Bazlan turut memberitahu supaya pihak berwajib membina lebih banyak medan selera di tepi pantai, terutama di kawasan peranginan Pantai Merang.
“Kedai makan sedia ada milik peniaga di lokasi itu kelihatan makin usang dan kotor, pastinya tidak sesuai untuk pelancong asing menjamu selera,” katanya.
Bazlan turut mencadangkan supaya jawatan Timbalan Datuk Bandar untuk kawasan daerah baharu Kuala Nerus diwujudkan bertujuan melancarkan urusan berkaitan pembangunan, kemajuan dan segala aspek di daerah itu.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment