YB Tengku Zaihan serta mantan wakil rakyat Kuala Besut yang juga bekas Exco Kerajaan, Dato' Wan Zakaria turut menyambut dan mengiringi lawatan MB.
*****
Lawatan kerja Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman serta rombongan kerajaan negeri ke Pulau Perhentian, Dewan Undangan Negeri Kuala Besut khususnya telah memberi perkhabaran gembira buat penduduk Besut.Selain akan membawa dan menyelesaikan beberapa projek di pulau peranginan tersohor itu, Dato’ Seri Ahmad Razif juga bersedia untuk menyempurnakan segala perancangan dan projek-projek untuk kebaikan rakyat oleh mantan-mantan Menteri Besar sebelumnya, khususnya Dato’ Seri Ahmad Said dan sebelumnya lagi, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.
Berucap kepada penduduk di pulau itu di Majlis Jamuan Rakyat selepas solat Jumaat di masjid terapung semalam (23 Mei 2015) Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, beliau akan memastikan Kompleks Taman Ilmu di Tembila Besut beroperasi selewatnya akhir tahun ini.
Kita akan usahakan supaya terdapat operasi di situ agar apa hasrat yang diimpikan oleh Dato’ Seri Idris (Menteri Pendidikan 2) sebelum ini sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu menjadi kenyataan.
Taman Ilmu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pelancaran projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan pusat ilmu antarabangsa berkonsepkan kota pendidikan
“Bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan semasa, manakala universiti yang akan beroperasi itu akan ditentukan kluster yang dilantik kerajaan negeri,” katanya.
Begitu juga dengan pembinaan sepenuhnya pembinaan Pasar Souq Jertih akan dilaksanakan.
“Pembinaan beberapa fasa lagi bangunan Jertih Souq akan diteruskan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan rakyat di daerah ini,” katanya.
Jadi, katanya, selaras dengan kewujudan Masjid Hadhari, Masjid Ulul Albab (masjid kayu cengal yang cantik) digabungkan pula dengan kehebatan Jertih Souq nanti, apa yang dihasratkan nanti akan tercapai, Insya Allah, selaras menjadikan Besut sebagai daerah atau bumi Ulul Albab.
Bagi projek rumah rakyat (pangsa) mampu milik di Pulau Perhentian, Dato’ Seri Ahmad Razif akan mempastikan projek yang diilhamkan di zaman Dato’ Seri Ahmad Said (mantan Menteri Besar) diteruskan dan diatasi apa masalahnya agar tidak terbengkalai.
Beliau bersetuju apabila siap nanti, rumah itu diperuntukkan juga kepada imam dan bilal Masjid Ar Rahman (masjid terapung yang indah) itu.
Nama masjid Ar Rahman itu bersempena dengan nama bekas wakil rakyat Kuala Besut dan anak jati pulau itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar.
Sebelum itu, Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pemimpin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan menghadiri Retreat Perdana ke arah membina negeri Terengganu yang cemerlang menjayakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di pulau berkenaan.
Hadir sama dalam pertemuan dengan penduduk isteri Menteri Besar, To’Puan Seri Hajah Halina Zakaria.
Penduduk kampung Pulau Perhentian Kecil itu amat teruja dan berterima kasih di atas kesudian Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif, isteri serta rombongan mengadakan lawatan ke pulau itu dan memberi ruang untuk pertemuan dengan penduduk.
Apa yang disimpulkan di sini ialah jiwa ikhlas Dato’ Seri Ahmad Razif yang sedia meneruskan apa yang telah dirintis oleh mantan-mantan Menteri Besar sebelumnya, sesuatu yang terbaik dalam diri seorang pemimpin.
Wakil rakyatnya, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya amat bertuah di atas kecaknaan YAB Dato’ Ahmad Razif kepada penduduk pulau itu khususnya, dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut amnya.
YB Tengku Zaihan melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan para pegawai kanan serta selurunya ahli rombongan yang sudi datang ke pulau itu walaupun terpaksa menempuhi gelombang dan ombak.
“Namun demi untuk rakyat, demi untuk bersama dan mengetahui denyut nadi rakyat, hatta di pulau sekalipun mereka sanggup datang beberapa hari,” ujar YB Tengku Zaihan.
Tanda bagus dan memuaskan di atas lawatan ke Pulau Perhentian yang terkenal sebagai destinasi pelancongan unik di peringkat antarabangsa itu tanda bagus dan memuaskan di atas lawatan ke Pulau Perhentian yang terkenal sebagai destinasi pelancongan unik di peringkat antarabangsa itu.
*****
Dato' Seri Ahmad Razif bersalaman sebelum berlepas pulang.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment