Páginas

Tuesday, 26 May 2015

Sanyanya’ ke arah Gerbang Pelancongan Antarabangsa, projek akan dimulakan selepas hari raya Aidifitri

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 25 MAY 2015

 Dato' Seri Ahmad Razif memaklumkan tentang bermulanya pembinaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa Kuala Besut dijangka selepas Aidilfitri ini.
*****
Negeri  yang bernama ‘Sanyanya” yang pernah wujud dalam sejarah Terengganu sebenarnya ialah Kuala Besut.


Pulau yang yang menjadi tempat persinggahan para pedagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara dan kapal-kapal garam dari Siam (Thailand) ke Kuala Terengganu- ialah Pulau Perhentian- pulau ke 13 terindah di dunia.

Daerah atau negeri “Sanyanya” amat sinonim dengan pulau persinggahan yang berzaman itu.

Ia sebenarnya adalah Kuala Besut dan Pulau Perhentian yang sama sekali tidak dapat dipisahkan, saling berkaitan antara satu sama lainnya hingga kini.

Justeru itu, di era moden dan kontemporari, berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB),  ‘Sanyanya” akan menjadi Gerbang Pelancongan Antarabangsa (GPA).

Demikianlah ‘Sanyaya’ dan pulau persinggahan 150 tahun yang lalu yang merupakan perkampungan nelayan tradisi bakal ditransformasikan sebagai GPA.


Ia merupakan cetusan idea awal yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II) sewaktu pilihanraya kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dua tahun yang lalu, akan diteruskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Seri Ahmad Razif sewaktu berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat sempena lawatannya ke Pulau Perhentian beberapa hari lalu, mengumumkan bahawa Gerbang Pelancongan Antarabangsa yang bernilai kira-kira RM250 juta dijangka akan dimulakan proses awalnya selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kerajaan negeri akan membina benteng pemecah ombak serta melakukan pemuliharaan muara Sungai Besut selaras dengan hasrat janji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut yang mahu membangunkan Kuala Besut sebagai GPA.

Selesai sahaja pembinaan benteng pemecah ombak, kerajaan akan menaik taraf kawasan jeti dan akan menjadikan Kuala Besut sebagai gerbang pelancongan.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) akan diambil kira dalam perancangan kerajaan negeri untuk melaksanakan penambahbaikan infrastruktur sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi di kawasan pekan Kuala Besut sebagaimana hasrat kerajaan negeri memastikan bahawa negeri Terengganu menjadi satu lagi hab pelancongan di Malaysia.

Kerajaan negeri sedang meneliti kajian-kajian dan juga perancangan yang dibuat untuk memastikan pembangunan yang akan dilaksanakan itu nanti selaras dengan perkembangan dan juga keperluan pada masa kini dan akan datang.

Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM250 juta bagi tujuan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman melahirkan rasa gembira di atas penegasan Dato’ Seri Ahmad Razif tentang perlaksanaan projek itu yang bakal bermula kira-kira dua bulan lagi.

Beliau yakin dan percaya, pekan Kuala Besut akan berubah wajah beberapa tahun lagi dengan pelbagai kemudahan asas dan infra sebagai gerbang pelancongan antarabangsa.

Beliau yang juga, Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu menjangkakan Kuala Besut dan Pulau Perhentian akan berjaya dengan hebat dalam industri pelancongan apabila segala kemudahan berkaitan disempurnakan.

Pemimpin muda berusia 38 tahun itu merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif di atas daya usaha yang diambil untuk memajukan Kuala Besut selaras dengan hasrat Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Kawasan tanah yang wujud hasil pemendapan dan tambakan daripada pembinaan benteng pemecah ombak ini akan membawa kepada pembangunan resort, pembangunan tebingan sungai, dermaga perikanan, kelab marina dan kapal layar, sektor perkhidmatan dan perniagaan pelancongan.

Tengku Zaihan juga bersyukur dengan yakin penduduk Kuala Besut akan mendapat kesan langsung hasil projek pembangunan itu.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment