Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, festival seminggu itu dianjurkan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Tasik Kenyir yang merupakan salah satu destinasi pelancongan hebat di negeri ini.
“Selain mempromosikan tarikan terbaru seperti Kenyir Island Hopping yang telah dibuka kepada umum dan Taman Tema Air di Pulau Poh, terdapat pelbagai aktiviti dan program menarik yang bakal berlangsung sepanjang festival tersebut.
“Antaranya pameran jabatan dan swasta, program keagamaan, jualan barangan terus dari kilang, bazar jualan dan medan selera, persembahan hiburan, sukan rakyat, acara tasik seperti pertandingan (bot kawalan jauh, perahu panjang dan sukan air) serta pelbagai aktiviti lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Kenyir 2015 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Katanya, walaupun festival berkenaan hanya berlangsung selama seminggu kali ini, dengan adanya kira-kira 30 program yang disediakan untuk pengunjung ia diharap mampu merancakkan Festival Kenyir 2015 yang merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.
“Sebagai persediaan, kita juga akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebelum ini bagi keselesaan pengunjung sekali gus menjadikan Tasik Kenyir selamat, menarik dan menjadi pusat ekonomi dan rekreasi yang terkenal di rantau ini,” ujarnya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment