Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata situasi itu mendorong orang ramai terutama peniaga kecil-kecilan untuk turut sama berniaga dan kini meningkat hampir 200 permohonan tambahan.
Katanya, bagaimanapun pihaknya masih mengekalkan 100 peniaga KT Walk sedia ada dan bermungkinan akan menambah bilangan gerai serta memanjangkan lokasi dalam tempoh terdekat.
“Perancangan awal, sememangnya mahu membuka pasar malam itu bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah.
“MBKT akan memilih mana-mana individu yang benar-benar serius untuk berniaga, selain mengutamakan peniaga nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional ,” katanya kepada teganukita.
Teganukita
No comments:
Post a Comment