Páginas

Tuesday 12 May 2015

Terengganu Berjaya Peroleh RM1.72 Billion, Hasil Aliran 43 Projek

AUTHOR: SURIATI ALI | 11 MAY 2015


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berharap Kerajaan Negeri terus memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke Terengganu.

Baginda bertitah, dimaklumkan jumlah pelaburan yang mengalir masuk ke Terengganu adalah sebanyak RM1.72 billion membabitkan 43 projek berjaya dimajukan bagi tahun lalu.


“Kini, tumpuan khusus diberikan kepada industri pembangunan mesra alam atau teknologi hijau yang dapat melahirkan dan menarik lebih ramai pelabur serta dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baharu kepada rakyat.

“Beta difahamkan bahawa projek perintis taman solar di Kawasan Perindustrian Sungai Bari dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah, projek itu merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menyokong Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.

“Selain itu, beta juga mahu insentif kewangan kepada pekerja dan insentif bagi pembinaan sub-station bekalan elektrik diteruskan.

“Pendekatan itu mampu memberi ‘comparative advantage’ kepada Terengganu dalam menarik lebihan minat pelabur melabur ke negeri ini,” titah baginda.


Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Titah Sultan Mizan, beta difahamkan ekonomi Terengganu merekodkan anggaran pertumbuhan positif dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sekitar 5 peratus pada tahun lalu.

“Jangkaan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus ini, lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2013.

“Kadar itu dicapai berdasarkan kepada pemulihan persekitaran ekonomi Malaysia dan rantau asia yang turut mempengaruhi situasi ekonomi Terengganu.

“Selain itu, faktor kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 2.6 peratus pada September tahun lalu membolehkan pertumbuhan ekonomi negeri ini terus berada dalam keadaan stabil dan mampan,”titah Sultan Terengganu.

Teganukita

No comments:

Post a Comment