Páginas

Thursday 14 May 2015

Syarikat kerajaan tidak wajar bersaing, jauh sekali memonopoli hingga ada yang gulung tikar

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN | 13 MAY 2015


Selalu orang bersalah anggapan bahawa memberi perniagaan kepada anak syarikat kerajaan dengan tujuan membolehkan syarikat itu mendapat untung berlipat ganda adalah positif.


Hakikat yang sebenarnya ia adalah suatu perbuatan yang tidak sepatutnya.

Kerajaan atau anak syarikat kerajaan tidak wajar bersaing dan berebut projek dengan syarikat-syarikat, apatah lagi syarikat bumiputera.

Kalau kerajaan member i monopoli kepada syarikat yakni segala kerja-kerja atau kontrak diberikan kepada syarikat kerajaan sendiri  ia amat amatlah bertentangan dengan dasar kerajaan untuk menolong masyarakat peniaga dan bumiputera yang berniaga.

Penubuhan syarikat kerajaan atau GLC adalah untuk membuka peluang ekonomi dan ia (GLC) menjadi payung kepada peniaga peniaga swasta atau yang bukan kerajaan.

Kalau boleh sekiranya sudah ada peniaga bumiputera menceburi bidang perniagaan berkaitan, sewajarnya syarikat milik kerajaan itu dibubarkan; atau ditukar kepada bentuk perniagaan lain.

Langkah ini dan seterusnya pada masa akan datang, penyenaraian atau pelupusan syarikat milik kerajaan negeri dan kementerian dapat mengurangkan bilangan syarikat kerajaan yang bersaing dengan sektor swasta untuk mendapatkan kontrak.

Ini bagi mengelak penyingkiran atau penyisihan sektor swasta. Sementara itu, kita tidak patut memberi keutamaan kepada syarikat milik kerajaan untuk penganugerahan kontrak.

Manfaat utama daripada keseluruhan proses ini ialah kerajaan akan memperoleh hasil daripada projek pembangunannya dan sektor swasta pula dapat menerajui semua projek perniagaan ini dengan lebih baik daripada Kerajaan sendiri. Dengan ini, kita boleh menjangka pendapatan yang lebih banyak daripada hasil cukai pada masa akan datang.

Sebagai contoh peranan  Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) adalah sebagai pemudah cara bagi sektor swasta menjadi jentera pertumbuhan untuk masa hadapan.

Pengurangan peranan kerajaan dalam perniagaan adalah ciri penting dalam matlamat menjadikan negara kita sebuah negara berpendapatan tinggi.

Teras kepada perubahan ini ialah matlamat menjadikan Malaysia sebuah ekonomi yang lebih berorientasikan pasaran kerana itulah satu-satunya cara memastikan kita berdaya saing relatif kepada seluruh dunia kelak.

Kejayaan transformasi kita bersandar kepada sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada fungsi utamanya, dan percayalah, itulah yang sedang kerajaan negeri Terengganu sekarang lakukan.

Dalam hubungan ini, tindakan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman memberi peluang kepada syarikat syarikat percetakan di Terengganu amatlah wajar dan bertepatan dengan dasar kerajaan yang mahu menolong rakyat.

Bukti sudah berlaku di hadapan mata kita bahawa terdapat syarikat percetakan bumiputera di Terengganu terpaksa ditutup kesan buruk perniagaan monopoli kerajaan negeri di bidang tersebut.

Bila terpaksa ‘gulung tikar’, para peniaga industri cetak yang hendak ‘cari makan’ sesen dua ini amatlah berdukacita dan tidak memihak sama sekali dengan kerajaan yang mempunyai dasar monopoli seperti itu.

Transformasi yang dibuat dengan membenarkan agensi agensi kerajaan menempah dengan pelbagai syarikat percetakan lain menurut peraturan kewangan, di samping terus dibolehkan juga ke percetakan milik kerajaan negeri, adalah sangat betul dan tepat.

Bila tidak berlaku kejadian monopoli, syarikat kerajaan juga terpaksa berdepan dengan persaingan sihat – lantas mereka akan menjaga kualiti dan produktiviti serta sistem penyampaiannya.

Kalau diberi kuasa monopoli, ia bermakna sentiasa berada di zon selesa, lalu kualiti dan kesungguhan kerja diabaikan kerana apa hasilnya pun, mereka tetap mendapat projek, kontrak dan tempahan.

Oleh itu penulis menyarankan supaya dasar monopoli oleh syarikat kerajaan hendaklah terus dihapuskan, terutama dalam menjaga perniagaan bumiputera.

Biarlah pekerja di syarikat milik kerajaan menjadi lebih produktif, lebih kreatif dan inovatif serta mengutamakan kualiti- bagi menghadapi persaingan terbuka.

Bahkan kalau mengikut dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan- persaingan pun tidak sepatutnya berlaku oleh syarikat kerajaan dengan syarikat syarikat swasta, terutama bumiputera, jauh sekali memonopoli.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment