Páginas

Wednesday, 6 May 2015

BN pertahan Parlimen Rompin

SELASA, 5 MEI 2015 @ 10:31 PM

CALON BN, Datuk Hasan Arifin (tengah) memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8,895 pada pilihan raya kecil hari ini. Turut kelihatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan), Datuk Seri Adnan Yaakob (dua dari kiri), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali 

*****
ROMPIN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin, menewaskan wakil PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi. Hasan, 62, yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, memperoleh 23,796 undi, berbanding Nazri yang meraih 14,901 undi.


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, sebentar tadi. Antara pemimpin BN yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

DATUK Hasan Arifin meraikan bersama keluarga selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin. - Foto Asyraf Hamzah
*****
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter bersama lima yang lain di Semenyih, Selangor, 4 April lalu. Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rompin sejak tahun 1990 dan Allahyarham menewaskan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh pada 2013 dengan majoriti 15,114 undi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53059

No comments:

Post a Comment