Páginas

Wednesday 13 May 2015

Ahmad Razif Ibarat Adik Saya – Ahmad Said

AUTHOR: FAUZI MOHD | 13 MAY 2015


Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berharap kerajaan negeri meneruskan usaha beliau sebelum ini dalam membangunkan ekonomi negeri serta menjaga hak dan kebajikan rakyat Terengganu.

Menurutnya, tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu tertangguh antara kerajaan negeri dan persekutuan semasa kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.


ADUN Kijal itu berkata, perbincangan lanjut perlu dibuat mengenai beberapa perkara termasuklah hal berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II, projek pengeluar tenaga bebas (IPP) antara kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad serta status pemilikan telaga minyak Bertam.

“Saya harap kerajaan negeri berbincanglah dengan PM (Perdana Menteri) selaku Menteri Kewangan untuk mendapat kedudukan yang sebenarnya,” katanya ketika membahaskan titah Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam.

Sementera itu, Ahmad turut merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena genap setahun memimpin negeri sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Menteri Besar sempena ulang tahun pertama beliau sebagai Menteri Besar Terengganu. Tahniah dan syabas saya ucapkan” katanya.

Ahmad turut memberitahu, kerajaan negeri mesti meneruskan usaha untuk mengukuhkan integriti pentadbiran negeri dengan harapan ia memberi keyakinan orang ramai kepada Negeri Terengganu.

“Saya sayangkan YAB (Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman), ibarat adik saya,” ujar beliau.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment