Páginas

Monday, 25 May 2015

Peruntukan Khas RM20 Juta Bantu Ibu Tunggal

 AUTHOR: NORAINI JUSOH | 25 MAY 2015

Dato' Haji Muhammad Pehimi
*****
Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas sebanyak RM20 juta untuk membantu golongan ibu tunggal mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program kepada golongan berkenaan.


“Antara yang telah dijalankan YPKT sepanjang tahun lalu termasuk program pembangunan modal insan dan ekonomi, latihan kemahiran, bantuan pengurusan kelab dan persatuan, insentif perkahwinan serta insuran berkelompok/tabung kebajikan ibu tunggal,” ujarnya.

Menurut beliau, bagi tahun 2015 hingga 2016 pula, YPKT merancang pelbagai program bagi golongan itu.

“Program-program yang dirancang berteraskan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga termasuk kemahiran keibubapaan ibu tunggal, bimbingan perundangan, program motivasi kepimpinan dan jati diri anak ibu tunggal, seminar, dana kebajikan anak ibu tunggal serta pembinaan kawasan penempatan bagi ibu tunggal dan keluarga miskin.

“Manakala, program bagi mengurus kemiskinan antaranya ialah kursus kemahiran, penubuhan ‘One Stop Centre’ ibu tunggal, projek bimbingan ekonomi ibu tunggal (berkelompok), dan pinjaman program jaya diri ibu tunggal,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment