Páginas

Monday 18 May 2015

Pertandingan Candat Sotong APM Dapat Sambutan Menggalakkan

AUTHOR: NORAINI JUSOH 17 MAY 2015


Pertandingan Mencandat Sotong anjuran Akademi Perikanan Malaysia (APM) Kuala Terengganu mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima sebanyak 36 penyertaan daripada pelbagai negeri.

Urusetia program, Syed Sahabudin Syed Alwi berkata, pertandingan sempena hari terbuka APM, Kuala Terengganu itu bakal berlangsung 2 Jun ini di sekitar perairan Pulau Kapas.


“Sehingga tarikh tutup penyertaan 14 Mei lalu, pihak kami menerima permohonan dari dalam dan luar Terengganu termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

“Berikutan penyertaan yang begitu menggalakkan, pihak urusetia terpaksa membuat undian berikutan bot hanya terhad kepada 20 kumpulan sahaja,” ujarnya ketika dihubungi teganukita, hari ini.

Katanya,pihak  penganjur menyediakan hadiah menarik untuk pemenang bagi kategori sotong terberat dan sotong terpanjang pada pertandingan mencandat sotong itu yang diadakan untuk memeriahkan lagi Hari Terbuka APM, Kuala Terengganu yang bakal disambut 13 hingga 14 Jun ini.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment